Lagu Suci Asal Pergunungan

2023-01-20 15:22:56  CRI
Share with:

 

44 orang kanak-kanak yang berasal dari satu kawasan pergunungan berpeluang beraksi dalam persembahan yang menarik dalam pacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada Februari 2022. Cikgu yang membantu dan membawa kumpulan kanak-kanak tersebut ke pentas antarabangsa itu bernama Deng Xiaolan.

Deng pernah tinggal di kampung Malan yang terletak di satu kawasan pergunung di provinsi Hebei pada usia kecilnya, dan kembali ke kampung tersebut pada 2004 selepas bersara. Beliau seterusnya mendapati kanak-kanak tempatan satu lagu pun tidak tahu ekoran kekurangan kemudahan dan sumber pendidikan, dan turut membuat keputusan untuk menawarkan kursus muzik secara percuma kepada kanak-kanak kampung itu. Dengan demikian, tindakan sukarelawan itu berlangsung 18 tahun.

Yang sayang sekali, baru sebulan selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 berakhir di Beijing, Deng meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat dilanda penyakit.