Myanmar Terima Kumpulan Kelapan Sumbangan Vaksin China

2023-01-20 13:52:10  CRI
Share with:

Kumpulan kelapan vaksin COVID-19 sebanyak tiga juta dos yang disumbangkan kerajaan China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar pada Khamis.

Menteri Kesihatan Myanmar, Thet Khaing Win menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan yang dihulurkan China.

Beliau berkata sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China telah menyediakan sekitar 61 juta dos vaksin kepada Myanmar menerusi derma, pembelian dan pengeluaran secara bekerjasama.

Angka itu menduduki lebih 70 peratus daripada jumlah suntikan vaksin diterima rakyat Myanmar.

Menurut Thet, akhir-akhir ini kadar jangkitan COVID-19 di Myanmar amat rendah dan kadar kematian hampir sifar.

"Ia sekali gus membuktikan keberkesanan vaksin China dalam mengurangkan kadar jangkitan teruk dan kematian. 

"Sumbangan vaksin baharu dari China akan digunakan untuk suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak sekolah dan warga emas yang menghidap penyakit kronik,” katanya.

Beliau turut yakin kerjasama muhibah antara Myanmar dengan China akan terus melakar kemajuan baharu pada tahun ini menerusi usaha bersama kedua-dua negara.