Tiga Tahun Bendung Wabak: Sumbangan China kepada Dunia

2023-01-20 14:39:33  CRI
Share with:

19 Januari merupakan hari ke-11 China menyesuaikan dasar kawalan COVID-19 dari kelas A ke kelas B.

Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) memberitahu bahawa berdasarkan statistik pihak berkuasa, kebanyakan kawasan di negara ini telah melepasi kemuncak penularan. Rakyat China kini menjalani kehidupan normal, dan kini sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu China (TBC). Malah ada rakyat memelih untuk melancong ke seberang laut dalam cuti panjang TBC. Kesemua ini adalah disebabkan langkah pembendungan wabak yang saintifik di China, dan ia juga memperlihatkan kejayaan kawalan wabak di negara ini dalam tempoh tiga tahun lalu.

Dalam tiga tahun itu, kerajaan China dengan sedaya upaya menjamin keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat. Presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF), Borge Brende baru-baru ini menyatakan bahawa penyesuaian dasar kawalan wabak di China akan memacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus mendorong pemulihan ekonomi dunia.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, China melaporkan penularan wabak kepada  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan segera, paling awal mengenal pasti patogen virus itu dan berkongsi urutan gen dengan masyarakat antarabangsa. China juga mengumumkan pelan diagnosis dan rawatan serta langkah penceghanan dan kawalan wabak dengan segera. Semua ini memaparkan sikap bertanggungjawab China sebagai sebuah negara besar.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini memberi penilaian tinggi terhadap usaha kerajaan China dalam membendung penularan wabak, dan merakamkan ucapan terima kasih kepada China yang mengekalkan komunikasi rapat dengan WHO dan berkongsi maklumat tentang penularan wabak. 

Setakat ini, China telah membekalkan lebih 2.2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 150 negara dan pertubuhan antarabangsa, memberikan berbilion-bilion barang perlindungan wabak kepada 153 negara dan 15 pertubuhan antarabangsa, serta menghantar 38 kumpulan pakar perubatan ke 34 negara.

Pada tahun 2020, China berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 2021, kadar pertumbuhan ekonomi China mendahului dunia. Pada tahun 2022, agregat ekonomi negara ini melebihi RMB120 trilion (RM75.92 trilion), menokok 3 peratus,  lebih tinggi berbanding entiti ekonomi utama lain di dunia.

Media dari dalam dan luar negara rata-rata mengunjurkan bahawa ekonomi China akan terus meningkat pada tahun ini. Selain itu, pelbagai bank seperti Morgan Stanley, Goldman Sachs, The Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) dan lain-lain juga menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini. 

Dalam menghadapi tempias daripada wabak, amalan unilateralisme dan perlindungan dalam tempoh tiga tahun lalu, China giat meningkatkan keterbukaan, dan memelihara kestabilan rantaian bekalan global. Pada tahun 2022, jumlah perdagangan luar karkgo China melebihi RMB40 trilion (RM25.32 trilion), meningkat 7.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Dunia (OECD), Mathias Cormann menyatakan bahawa pihanya mengalu-alukan langkah kawalan wabak terbaharu di China kerana ia bermanfaat bagi menjamin pengoperasian rantaian bekalan dan meredakan inflasi global.