Xi Ucapkan Selamat Tahun Baharu China kepada Rakyat dan Keturunan Cina Seluruh Dunia

2023-01-20 16:30:59  CRI
Share with:

 

Presiden China, Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu China (TBC) kepada rakyat pelbagai etnik, saudara setanah air dari Hong Kong, Makau dan Taiwan, serta keturunan Cina di seluruh dunia, dalam majlis jamuan yang diadakan di Beijing hari ini.

Beliau berkata, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC yang diadakan dengan jayanya pada tahun lalu menggariskan cetak biru untuk membina negara sosialis moden secara komprehensif. China mengutamakan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat, mengoptimumkan dasar pembendungan wabak menurut perkembangan wabak, sedaya upaya menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, serta mengurangkan kesan negatif wabak terhadap sosioekonmi pada tahap maksimum.

“2023 ialah tahun pertama untuk melaksanakan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC. Harapan dan cabaran wujud bersama.

“Kita harus mengutamakan kestabilan ketika mengejar pembangunan, menangani situasi domestik dan antarabangsa dengan baik, menyelaraskan pembendungan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, menjamin keselamatan dalam pembangunan, mempergiat pembaharuan dan keterbukaan, memacu pembangunan ekonomi, dan terus menambahbaik kehidupan rakyat.” kata Xi.