Pertunjukan Cahaya Lampu CMG akan Diadakan di Burj Khalifa

2023-01-20 12:35:38  cri
Share with:

Pertunjukan cahaya lampu yang disediakan oleh Kumpulan Media China (CMG) akan dipentaskan di Burj Khalifa, menara tertinggi dunia, di Dubai pada 20 hingga 21 Januari, sempena sambutan Tahun Baharu China (TBC) untuk menyampaikan mogaan baik dari China kepada dunia.

Pertunjukan cahaya lampu tersebut terdiri daripada tiga bab, yang masing-masing bertemakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Sukan Universiti Musim Panas Chengdu ke-31, dan Gala Tahun Baharu China CMG 2023.

Sebagai perayaan tradisional yang paling penting di China, TBC menjadi tumpuan perhatian seluruh dunia dengan daya tarikannya yang unik.  

CMG telah bekerjasama dengan Kumpulan Emaar Dubai untuk mengadakan pertunjukan cahaya lampu seumpama di Burj Khalifa selama empat tahun berturut-turut.  

Pertunjukan cahaya lampu yang menggabungkan unsur tradisional China dengan teknologi tinggi itu akan menghidangkan pertunjukan seni cahaya yang menarik kepada dunia.