China Menyumbang kepada Pembangunan Mampan di Dunia

2023-01-21 14:07:30  CRI
Share with:

Di bawah panduan fikiran Xi Jinping mengenai tamadun ekologi, China dengan tegas menempuh jalan pembangunan hijau, dan berperanan sebagai peserta, penyumbang dan peneraju dalam pembinaan tamadun ekologi dunia.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam.

Baru-baru ini, China mengeluarkan kertas putih mengenai pembangunan hijau di China pada era baharu, menghuraikan konsep, praktik dan pengalaman China dalam bidang tersebut dalam sepuluh tahun lalu.

Wang Wenbin menyatakan bahawa, China terlebih dahulu mewujudkan ‘peningkatan sifar’ hakisan tanah, mengekalkan peningkatan kadar litupan hutan dan stok hutan selama lebih 30 tahun secara berturut-turut, serta berjaya mencegah pencemaran dan menambah baik mutu alam sekitar.

Selain itu, menurut jurucakap itu, China akan berusaha untuk mencapai sasaran masa paling pendek dari puncak pelepasan karbon ke neutral karbon, menyumbangkan tenaga China kepada tercapainya sasaran pengurangan pelepasan karbon sejagat.

Wang menekankan bahawa China bersedia terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan menggalakkan rakyat sedunia berkongsi hasil pembangunan hijau, dan bersama-sama membangunkan dunia yang lebih bersih dan indah.