China akan Sambut Masa Makin Baik

2023-01-21 15:06:04  CRI
Share with:

Musim pengangkutan semasa Tahun Baharu China (TBC) di negara ini digelar sebagai “pergerakan individu yang berskala paling besar di dunia”. Ekoran pengubahsuaian dasar kawalan wabak di China mutakhir ini, musim pengangkutan tahun ini menjadi amat sibuk dan kemeriahan suasana sambutan perayaan itu dapat dirasai semula. 

Menurut statistik pihak berkuasa berkaitan, dalam tempoh 12 hari pertama musim pengangkutan tersebut, iaitu dari 7 hingga 18 Januari lau, jumlah penumpang yang menggunakan kereta api, jalan raya, kapal dan kapal terbang mencatat 480 juta orang. Angka tersebut meningkat 47.1% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Walau bagaimanapun, beberapa media Barat membuat ramalan yang mengejutkan dengan mendakwa China tidak membuat persiapan rapi sebelum menguatkuasakan dasar terbaharu, dan China bakal berdepan “masa gelap” semasa sambutan TBC ini.

Pada hakikatnya, sejak China mengubahsuai dasar kawalan wabak pada akhir tahun lalu, tumpuan kerja berkaitan wabak di negara ini telah beralih daripada pencegahan jangkitan kepada perawatan pesakit.

Langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan terbukti berkesan untuk mengharungi tempoh peralihan secepat mungkin.


Selain itu, menurut pelan kerja kerajaan, beberapa golongan rakyat di kawasan luar bandar harus diberikan perhatian khusus dalam kerja pembendungan wabak. Pada masa ini, kadar unit demam di klinik peringkat mukim dan pekan serta pusat perkhidmatan kesihatan komuniti perumahan telah mencapai 98.8%.

Aturan rapi tersebut sekali gus memperlihatkan konsep rakyat dan nyawa diutamakan, dan sesuai dengan prinsip pembendungan wabak yang tepat dan saintifik.

Apa yang berlaku di negara ini membuktikan bahawa dengan adanya persiapan yang mencukupi dalam membendung wabak, China akan menyambut masa yang makin baik.