Pembangunan dan Keterbukaan China Berita Baik kepada Dunia: PBB

2023-01-21 15:47:39  CRI
Share with:

Pembangunan dan Keterbukaan China ialah berita baik kepada dunia, kerana China ialah rakan dagang utama bagi kebanyakan negara membangun.

Demikian ujar Setiausaha Agung Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Rebeca Grynspan sempena sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Beliau menegaskan, penyahgandingan perdagangan tidak kondusif kepada pembangunan global, dan dunia memerlukan China dan Amerika Syarikat (AS) sebagai komponen bersama dalam sistem ekonomi global. Ini amat bermakna bagi negara membangun.

Beliau berkata, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mampu memperhebat daya pengeluaran negara membangun, sekali gus kondusif kepada pengindustrian dan kepelbagaian struktur pengeluaran.