Gala TBC, Karnival Seni Budaya Menguja

2023-01-21 20:07:19  CRI
Share with:

Gala Tahun Baharu China (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) menyajikan karnival seni budaya menguja kepada penonton di serata dunia pada malam Sabtu.

Gala yang membuka tirainya dengan iringan korus kanak-kanak merdu yang bersemangat dan penuh rasa gembira pada pukul 8.00 malam itu menghidangkan pelbagai acara persembahan yang melibatkan nyanyian, tarian, sketsa komedi dan dialog rancak atau “crosstalk”, opera, seni silat Kungfu, akrobatik dan lain-lain.

Diadakan di ambang Tahun Arnab, gala edisi kali ini mengetengahkan konsep “fikiran+seni+teknologi” dengan menggabungkan unsur-unsur kebudayaan tradisional China yang cemerlang, kehidupan rakyat biasa negara ini, dan tamandun pelbagai negara lain.

Pada 2022, rakyat pelbagai kalangan membaktikan diri tanpa mengenal penat lelah.

“Sumbangan bakti setiap individu amat dihargai.” Presiden Xi Jinping berkata demikian dalam perutusan tahun baharu 2023. Sejajar dengan kenyataan Presiden Xi, Gala tahun ini juga memfokuskan kepada kehidupan, pekerjaan dan perasaan penduduk awam.

Pada malam gembira itu juga, penonton berpeluang menyaksikan pelbagai teknologi baharu seperti VR 3D image rendering technology dan Audio Vivid, khusus untuk memberikan kesan audio visual yang luar biasa.

Gala TBC adalah malam gembira kesenian komprehensif tahunan yang diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai program televisyen yang paling banyak ditonton di dunia. Sejak 1983, program ini disiarkan pada malam TBC setiap tahun.