Inisiatif Xi Bermanfaat bagi Pembangunan dan Keselamatan Global: Alberto Fernandez

2023-01-21 14:27:49  CRI
Share with:

Presiden Argentina, Alberto Fernandez menyatakan bahawa beliau amat bersetuju dengan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping.

Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) di Argentina pada 10 Januari lalu, Fernandez menyatakan bahawa falsafah yang paling berniali anjuran China adalah menghormati multilateralisme, yang juga pendirian negara itu.

Fernandez menyatakan bahawa beliau menentang hegenomi dan tidak mahu melihat ada negara yang mengamalkan hegenomi di dunia.

“Inisiatif anjuran Presiden Xi bertujuan untuk menggalakkan multilateralisme, serta menghormati kedaulatan dan keistimewaan negara lain.” kata beliau.

Menurut Fernandez, penularan wabak COVID-19 membolehkan masalah pembangunan tidak seimbang ekonomi dunia ternampak.

“Apabila vaksin COVID-19 baru diselidik dan dihasilkan, sebanyak 90% vaksin diperoleh 10% rakyat di dunia, dan ini sekali gus mencerminkan sistem dunia yang kurang adil. “Pada masa paling sulit itu, hanya China dan Rusia memberikan vaksin kepada negara-negara Amerika Latin.” ujar Fernandez.

Beliau menegaskan adalah perlu untuk menjalankan pembaharuan ke atas sistem ekonomi dunia yang kurang adil itu.