Tahun Baharu China Disambut Meriah di Pelbagai Negara

2023-01-22 14:01:40  CRI
Share with:

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC), aktiviti sambutan diadakan di pelbagai negara yang menambah suasana perayaan tradisional China tersebut dan menyampaikan mogaan baik kepada rakyat China. 

Aktiviti sambutan TBC diadakan di provinsi Ratchaburi, tengah Thailand yang didiami ramai orang keturunan Cina. Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha menyertai majlis perasmian dan merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China dan mengucapkan selamat datang kepada pelancong China.

Kedua-dua tebing Sungai Maenam Mae Klong dihiasi cantik dengan tanglong dan barang hiasan berunsur Arnab, menarik kunjungan ramai pelancong.

Aktiviti sambutan yang berunsurkan budaya Scotland dan China diadakan di bandar Edinburgh, Scotland. Ia juga sebahagian daripada aktiviti “Happy Chinese New Year 2023” di Britain. 

Pegawai kerajaan dari pelbagai wilayah di utara Jerman, tokoh-tokoh bersahabat pelbagai lapisan masyarakat, perantau China dan orang Cina di Jerman pula berkumpul di Yu Garden, Hamburg untuk menyampaikan mogaan baik, di samping membincangkan kerjasama dan pertukaran antara China dengan Jerman.

Selain itu, majlis jamuan TBC buat kali pertama diadakan di Rumah Presiden Republik Afrika Tengah, yang turut dihadiri pegawai kanan negara itu, pegawai-pegawai dari Kedutaan China di Afrika Tengah, wakil syarikat China, serta orang Cina dan perantau China di negara itu. 

Presiden Faustin Archange Touadéra mewakili kerajaan dan rakyat negara itu menzahirkan harapan agar hubungan Afrika Tengah-China dapat melakar pencapaian baharu pada tahun 2023.