Aktiviti Sambutan TBC Delegasi Tetap China di UNESCO

2023-01-22 14:36:30  CRI
Share with:

Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu China (TBC), majlis jamuan diadakan oleh delegasi tetap China ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta kedutaan dan konsulat China di luar negara, menyampaikan mogaan baik kepada tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

Wakil tetap China ke UNESCO, Yang Jin dalam majlis jamuan itu berkata, China bersedia mengukuhkan kerjasama dan hubungan persahabatan dalam pelbagai bidang dengan UNESCO pada tahun ini untuk mengamalkan multilateralisme, selain menyumbang kepada usaha UNESCO yang mulia dan kewujudan kemakmuran di dunia.

Wakil khas Ketua Pengarah UNESCO yang juga Penolong Ketua Pengarah Jabatan Afrika, Firmin Edouard Matoko dalam jamuan itu berkata, UNESCO sedang menjalankan kerjasama dengan China untuk mendorong perkembangan pendidikan global, perlindungan warisan budaya serta melambatkan perubahan iklim.

Beliau menzahirkan harapan agar kerjasama antarabangsa dan amalan multilateralisme akan membawa lebih banyak kemakmuran dan harapan kepada pelbagai negara dan UNESCO pada tahun 2023.