Ekonomi China Dijangka Tumbuh Kuat 2023: NDB

2023-01-22 14:54:13  CRI
Share with:

Ekonomi China dijangka akan mencatatkan pertumbuhan yang kuat pada tahun 2023, sekali gus memainkan peranan signifikan dalam pemulihan ekonomi dunia.

Naib Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB) BRICS, Leslie Maasdorp berkata demikian ketika diwawancara eksklusif oleh Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.

Maasdorp yang berada di Davos, Switzerland untuk menghadiri sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) memberitahu bahawa China mengubahsuai dasar pembendungan COVID-19 akan merangsang pertumbuhan ekonomi serta membawa limpahan impak positif kepada pelbagai sektor berkaitan di China bahkan dunia.

Beliau menganggap bahawa prestasi pengeluaran syarikat China yang pulih ke tahap sebelum COVID-19 akan merangsang aliran perdagangan global dan pemulihan rantaian bekalan sejagat.

Selain itu, Maasdorp menyatakan bahawa China mampu memainkan peranan penting dalam mendorong pembangunan tenaga hijau di dunia. China antara pelabur terbesar dalam industri tenaga hijau seperti tenaga suria dan angin. China yang menambah pelaburan dalam sektor-sektor tersebut pasti akan menyumbang kepada pembangunan dunia.