Subway Paling Laju di Turkiye Dirasmikan

2023-01-23 13:18:30  CRI
Share with:

Laluan subway paling laju di Turkiye dilancarkan pada Ahad.

Laluan subway yang menyambungkan lapangan terbang Istanbul dengan pusat bandar itu menggunakan tren buatan China, ia juga kali pertama tren pandu automatik berkelajuan 120 kilometer China digunakan di luar China.

Tren itu terdiri daripada empat gerabak dan mampu membawa 1,100 penumpang pada tahap maksimum.

Pandu automatik membolehkan tren terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai senario operasi, sementara, teknologi operasi sambung semula boleh menambah kefleksibelan unit gerabak untuk sesuai dengan jumlah penumpang pada masa yang berbeza.

Selain itu, sistem tarikan kawalan rangka yang terbaharu membolehkan tren itu berjalan dengan stabil dan lalu di samping memberikan keselesaan kepada penumpang.

Laluan subway sepanjang 34 kilometer itu terdiri daripada 9 stesen di 3 daerah Istanbul. Jumlah pengguna diunjurkan akan mencapai 800,000 orang sehari.

Menteri Pengangkutan Turkiye, Adil Karaismailoglu sebelum ini menyatakan bahawa laluan itu dijangka akan menjimatkan sebanyak USD3.01 juta (RM12.90 juta) untuk negaranya pada tiga dekad akan datang. Ia juga akan banyak menurunkan kos penyelenggaraan, mengurangkan pencemaran udara, sekali gus memendekkan masa perjalanan orang awam.