Gala TBC 2023 CMG Tarik 11 Bilion Tontonan

2023-01-23 12:17:17  CRI
Share with:

Gala Tahun Baharu China (TBC) 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) menyajikan karnival seni budaya yang menguja kepada penonton di serata dunia pada malam Sabtu.

Gala edisi kali ini mempersembahkan program terpilih dengan teknologi inovatif dan reka bentuk seni pentas yang cantik, dan turut menarik 11 bilion tontonan melalui pelbagai saluran media.

Saluran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) CMG dalam lima bahasa serta platform media baharu CMG dalam 68 bahasa bersama dengan lebih 1,000 agensi media dari 173 negara dan kawasan yang termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura telah membuat laporan langsung atau membuat liputan tentang gala tersebut.