Rundingan Isu Nuklear Iran: Pihak Terlibat Sedang Bertukar Maklumat

2023-01-23 13:02:45  CRI
Share with:

Pertukaran maklumat oleh pihak-pihak terlibat dalam rundingan pemulihan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPoA) berhubung program nuklear Iran sedang dijalankan pada masa ini, kata Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada Ahad.

Menurut beliau, pelbagai pihak berkaitan sudah menetapkan langkah-langkah untuk mencapai perjanjian muktamad, dan salah satu langkah “bakal dilaksanakan dalam masa terdekat”.

Selain itu, beliau menekankan bahawa pertukaran maklumat di peringkat diplomatik amat penting, dan pemeliharaan kepentingan negara Iran adalah diutamakan dalam rundingan berkenaan.