Jualan REEV di China Dijangka Cecah 500,000 pada 2025

2023-01-24 13:13:53  CRI
Share with:

Jualan kenderaan elektrik had dilanjutkan (REEV) di China terus meningkat pada 2022 dan dijangka akan mencecah sehingga 500,000 menjelang 2025.

 

Demikian rekod dalam laporan mengenai pembangunan industri kenderaan di China keluaran Persatuan Industri Automobil China bersama jabatan-jabatan yang berkaitan.

Menurut laporan itu, semakin banyak syarikat automobil China mengeluarkan produk REEV berikutan pembangunan kenderaan tenaga baharu (NEV) selain kelebihannya yang menonjol.

 

Untuk rekod, REEV merupakan sejenis kenderaan elektrik yang dilengkapi sistem jana elektrik, dengan komponennya adalah terdiri daripada motor, penjana elektrik, dan alat kawalan.

 

Ketika sistem simpanan elektrik yang boleh dicas tidak dapat memenuhi keperluan bagi menggerakkan kenderaan, alat pemanjang had akan dapat membekalkan tenaga elektrik.

 

Naib Ketua Eksekutif Persatuan Industri Automobil China, Fu Bingfeng memberitahu bahawa REEV adalah produk penting dalam pembangunan kenderaan elektrik dan ia disifatkan sebagai mampu mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap masalah kekurangan tenaga.

 

Laporan tersebut menunjukkan bahawa dengan galakan dasar dan permintaan pasaran, prestasi pembangunan REEV di China amat baik, sementara model baharu turut diperkenalkan satu demi satu, serta jualannya meningkat dengan pesat.

 

Setakat ini, terdapat lebih 300 syarikat mengeluarkan produk berkaitan REEV di China dengan pendaftaran syarikat baharu meningkat 8.5% pada 2022.