Bencana Banjir Melanda Sumatera Utara Indonesia

2023-01-24 13:42:12  CRI
Share with:

Menurut maklumat Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Indonesia pada Isnin, hujan lebat melanda provinsi Aceh di bahagian utara Pulau Sumatera sejak 22 Januari.

Paras Sungai Langkahan di kawasan itu terus naik sehingga satu kampung ditenggelami air dan 66,000 orang terjejas. 

Setakat ini, hampir 20,000 mangsa telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.