Kereta Api Kargo China-Eropah Pertama 2023 Berlepas dari Guangxi

2023-01-26 12:37:59  CRI
Share with:

Kereta api kargo China-Eropah X9132 yang membawa lebih 40,000 unit peralatan elektrik kegunaan rumah bertolak dari Nanning, wilayah Guangxi, menuju ke Almaty, Kazakhstan, pada Rabu.

Barang elektrik tersebut seperti ketuhar gelombang mikro, peti ais, ketuhar elektrik, pembersih vakum dan televisyen.

Dimaklumkan, barangan tersebut diangkut menerusi laut dari Vietnam ke Qinzhou sebelum dibawa ke Nanning, sekali gus mewujudkan penyambungan kereta api China-Vietnam dan kereta api kargo China-Eropah.

Menurut statistik, sejak penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada awal tahun lalu, makanan, barang keperluan seharian dan produk elektronik yang diangkut melalui Nanning ke luar negeri mencatat 15,680 tan, meningkat 71.9% berbanding temoph yang sama tahun sebelumnya.