Gempa Berukuran 5.6 Richter Melanda Luding

2023-01-26 13:44:13  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda kaunti Luding, daerah Ganzi, provinsi Sichuan di barat daya China pada pukul 3.49 awal pagi tadi. 

Pusat gempa berada pada kedalaman 11 kilometer.  

Sejurus mendapat maklumat, pasukan bomba seramai 184 anggota dengan 34 kenderaan dan tiga ekor anjing telah dikejarkan ke kawasan bencana untuk menjalankan misi menyelamat dan peninjauan bencana.  

Selain itu, beratus-ratus anggota bomba dari pelbagai Kawasan di Sichuan bersiap siaga untuk menjalankan penyelamatan di tempat bencana.

Sehingga pukul 10 pagi tadi, lalu lintas, telekomunikasi dan bekalan elektrik kekal lancar seperti biasa di kampung dan pekan sekitar pusat gempa dan tiada kehilangan nyawa dan kecederaan serta keruntuhan bangunan dilaporkan.