Sukan Ais dan Salji Hangat Sempena Cuti TBC

2023-01-26 12:31:37  CRI
Share with:

Bila sebut cuti Tahun Baharu China (TBC), ia bukan sekadar menikmati makanan sedap, mengunjungi saudara mara dan sahabat hantai sahaja. Perayaan tradisional ini juga disambut meriah dengan sukan ais dan salji menjadi hangat dan popular dalam kalangan rakyat China.

Sebagai TBC yang pertama selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, sukan ais dan salji menjadi pilihan baharu bagi banyak orang China semasa tempoh cuti TBC tahun ini.

Dalam pada itu, pelbagai tempat juga giat mendorong perkembangan sukan ais dan salji agar lebih popular di seluruh negara.