Palestin Gantung Penyelarasan Keselamatan dengan Israel

2023-01-27 13:28:19  CRI
Share with:

Palestin mengumumkan penggantungan penyelarasan keselamatan dengan Israel pada Khamis sebagai respons terhadap peristiwa sekurang-kurangnya 9 orang Palestin maut dalam operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat.  

Jurucakap Jabatan Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh dalam kenyataan berkata, pencerobohan pihak Israel terhadap rakyat Palestin menjejaskan perjanjian kedua-dua pihak. Pucuk pimpinan Palestin akan berkontak dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menuntut Israel menghentikan sekatan sepihak terhadap rakyatnya.

Situasi antara Palestin dengan Israel semakin meruncing mutakhir ini, ekoran operasi serbuan tentera Israel di beberapa kawasan Tebing Barat, dan mengakibatkan kematian dan kecederaan orang Palestin.