Ekonomi China akan Dorong Pertumbuhan Ekonomi Serantau: Unjuran PBB

2023-01-27 12:31:43  CRI
Share with:


Kadar pertumbuhan ekonomi dunia dijangka akan mencapai 1.9 peratus pada tahun 2023, lebih rendah berbanding kira-kira 3 peratus pada tahun 2022. Pada masa sama, ekonomi China dijangka akan mendorong pertumbuhan ekonomi serantau, memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi dan prospek ekonomi dunia 2023 yang diedarkan pada Rabu.

Laporan itu meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi China akan akan menjadi lebih pesat, dan kadar pertumbuhannya akan mencapai 4.8 peratus pada tahun 2023. Ini adalah berikutan kerajaan China mengubahsuai dasar pembendungan wabak di samping mengambil langkah menjana ekonomi, yang dipercayaai akan merangsang penggunaan domestik.

Ketua Pusat Pemantauan Ekonomi Global PBB, Hamid Rashid menyatakan bahawa berbeza dengan negara membangun yang lain, China mengekalkan dasar kewangan dan monetari yang kuat dan ia akan memberikan sokongan kukuh kepada pertumbuhan ekonominya.

Menurut laporan itu, peningkatan ekonomi China akan memberi pengaruh besar kepada negara-negara di rantau Asia Timur, dan pemulihan ekonomi China dijangka mampu menjana pertumbuhan ekonomi serantau.

Selain itu, laporan itu juga mengunjurkan bahawa ekonomi dunia akan terus menghadapi tekanan besar pada tahun 2023. Kadar pertumbuhan ekonomi Kesataun Eropah (EU) akan mencapai 0.2 peratus, Amerika Syarikat (AS) 0.4 peratus, dan Jepun 1.5 peratus, pada tahun 2023.