Xi Ucapkan Tahniah kepada Bob Dadae atas Pelantikan sebagai Gabenor Jeneral PNG

2023-01-28 14:45:04  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping merakamkan ucapan tahniah kepada Bob Dadae yang dilantik terus sebagai Gabenor Jeneral Papua New Guinea (PNG) pada Jumaat.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan, PNG antara negara kepulauan Pasifik yang paling awal menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China (PRC). Ikatan persahabatan tradisional antara kedua-dua negara bersejarah lama dan semakin erat.

Pada masa ini, hubungan perkongsian strategik komprehensif antara China dengan PNG mengekalkan perkembangan pada tahap tinggi, manakala pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai sektor mencapai banyak hasil yang memuaskan, sekali gus memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Xi menyatakah bahawa beliau memberikan perhatian tinggi terhadap perkembangan hubungan China dengan PNG, dan bersedia berusaha bersama-sama Dadae untuk mendorong hubungan tersebut berkembang mampan pada masa akan datang.