Pameran Canton ke-133 Bakal Diadakan Secara Fizikal

2023-01-29 12:45:36  CRI
Share with:

Pameran Canton ke-133 akan diadakan secara fizikal pada 15 April nanti. Pameran ini antara temasya ekonomi dan perdagangan antarabangsa berskala super besar selepas China melaksanakan dasar terbaharu mengenai pembendungan COVID-19.

Untuk rekod, kawasan pameran edisi kali ini akan diluaskan daripada 1.18 juta meter persegi kepada 1.5 juta meter persegi.

Pada masa ini, lebih 40,000 syarikat telah memohon gerai pameran, dan jumlah gerai pameran luar talian dijangka akan meningkat daripada 60,000 kepada hampir 70,000.