Konsert TBC “Suara Musim Bunga” di New York

2023-01-30 09:57:15  CRI
Share with:

Konsert Tahun Baharu China (TBC) yang bertema “suara musim bunga” ke-4 anjuran bersama Institut Pengajian muzik Amerika Syarikat (AS)-China dari Institut Muzik Bard New York dengan Konservatori Muzik Pusat Beijing diadakan di Pusat Seni Persembahan Lincoln, New York pada 28 Januari lalu. Pelbagai karya muzik bercirikan budaya China yang penuh dengan suasana meriah TBC dihidangkan kepada penonton.