Penerbangan Sulung C919 pada Tahun Arnab

2023-01-30 11:15:43  CRI
Share with:

Pesawat besar pertama buatan China C919 menjalankan misi penerbangan MU7817 China Eastern Airlines dari Shanghai dan berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changbei, Nanchang tepat pukul 10.30 pagi Sabtu.

Difahamkan, penerbangan tersebut merupakan sebahagian daripada penerbangan pengesahan selama 100 jam sejak 26 Disember lepas sebelum C919 digunakan secara rasmi.

Terdahulu, pesawat tersebut pernah melakukan penerbangan ke bandar Shanghai, Beijing, Chengdu, Xi’an, Haikou, Qingdao, Wuhan dan Jinan yang melibatkan sembilan lapangan terbang.

Menurut perancangan, ia akan meneruskan penerbangannya selepas ini ke bandar Hefei, Nanjing, Taiyuan dan Lapangan Terbang Pudong di Shanghai.

China Eastern Airlines dijangka bakal melancarkan penerbangan komersial yang rasmi dengan penggunaan pesawat C919 bagi menjalankan laluan ke Nanchang, Shanghai dan Beijing.