Berapa Lagi Mangsa Kekejaman Polis AS?

2023-01-30 15:37:19  CRI
Share with:

55 tahun lalu, dunia terkejut dengan kematian aktivis hak asasi keturunan Afrika-Amerika, Martin Luther King Jr di Memphis, negeri Tennessee.

Tragedi seumpama kini berulang di bandar itu apabila Tyre Nichols, 29, seorang lelaki kulit hitam dipukul hingga mati oleh lima pegawai polis, mencetuskan kemarahan seluruh masyarakat. 

Media AS turut bimbang rusuhan akibat kematian George Floyd pada 2020 akan berulang lagi di seluruh negara.

Lebih dua tahun lalu, kematian lelaki kulit hitam keturunan Afrika-Amerika George Floyd akibat kekejaman polis telah mencetuskan gerakan protes ‘Black Lives Matter’ di AS.

Selepas itu, pihak berkuasa mendakwa akan melakukan pembaharuan besar-besaran terhadap sistem kepolisan. Bagaimanapun, tragedi serupa berkali-kali berlaku.

Rasisme yang berakar umbi dalam demokrasi ala AS menjadi punca yang menyebabkan warga berkulit hitam sentiasa diberi ‘layanan istimewa’ oleh polis. 

Daripada pasukan rondaan hamba pada mula-mulanya kepada kumpulan pengganas ketuanan kulit putih dan ‘White Fear’ yang muncul semasa zaman gerakan hak sivil, pengaruh sebegini melahirkan budaya kekerasan polis di AS.

Inilah sebabnya mengapa ramai penganalisis percaya bahawa adalah mustahil untuk melakukan pembaharuan terhadap sebuah institusi yang mengamalkan rasisme.

Boleh dikatakan rasisme telah bertali darah dalam sistem kepolisan AS.

Sementara itu, polarisasi pergelutan sesama parti turut menyukarkan pembaharuan berkenaan.

Tambahan lagi, masalah penggunaan senjata api dan kekejaman polis juga menyumbang kepada pembentukan satu lingkaran ganas setakat tertentu.