Beli-belah di Bazar Antarabangsa Urumqi ketika TBC

2023-01-30 21:52:11  CRI
Share with:

Bazar Antarabangsa Urumqi bukan sahaja bazar yang terbesar di bandar ini, malah diibaratkan sebagai “jendela Xinjiang” kerana ia mempamerkan pelbagai keunikan Xinjiang dari segi kebudayaan, seni bina dan adat resam kepada para pengunjung.

Penduduk setempat dan pelancong datang ke Bazar besar ini untuk menonton persembahan nyanyian dan tarian, membeli barangan istimewa dan menikmati kegembiraan semasa percutian Tahun Baharu China (TBC).