Ningde Dibanjiri Pelancong Ketika Percutian TBC

2023-01-30 09:52:52  CRI
Share with:

Menurut Biro Kebudayaan dan Pelancongan Bandar Ningde, provinsi Fujian, dalam tempoh percutian Tahun Baharu China (TBC) dari 21 hingga 27 Januari lalu, bandar itu telah menerima lebih 2.57 juta pelancong dan angka ini meningkat 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada masa sama, jumlah pendapatan sektor pelancongan mencatat lebih RMB1.74 bilion (RM1.08 bilion), naik 91.53 peratus.

Produk, makanan dan persembahan warisan budaya tidak ketara menjadi tarikan kepada pelancong semasa sambutan TBC di bandar yang mempesona itu.