Sibuk Bertani pada Awal Musim Bunga

2023-01-30 12:52:12  CRI
Share with:

Selepas menjalani cuti Tahun Baharu Cina (TBC), kaum tani kebiasaannya akan terus sibuk dengan aktiviti pertanian seperti membaja ladang untuk membuat persiapan bagi penanaman semasa musim bunga.

Pekerja sedang menggantung jalur pencegahan serangga dalam rumah hijau pintar tomato di sebuah kilang sayur-sayuran bandar Huzhou, provinsi Zhejiang, kawasan timur China.

Petani bertani di ladang kampung Tanjia, bandar Huzhou, provinsi Zhejiang, timur China.

Pendebungaan bunga aprikot dilakukan petani di kampung Xixiafeng, bandar Yuncheng, provinsi Shanxi, kawasan tengah China.

Dua petani kampung Dongshan, pekan Yangquan, bandar Changning, provinsi Hunan, kelihatan sedang mengemaskan tanah ladang sebelum penanaman.