Gunung Lushan akan Kecualikan Bayaran Tiket kepada Pelancong
2023-01-30 09:53:49 CRI

Kawasan pelancongan Gunung Lushan di provinsi Jiangxi, China akan mengecualikan bayaran tiket kepada pelancong dari seluruh dunia.
Pihak pengurusan Gunung Lushan mengingatkan bahawa para pelancong dikehendaki membuat tempahan awal melalui aplikasi mini di WeChat atau Alipay dan mendaftarkan nama sebenar untuk memperoleh peluang melancong ke kawasan itu.

