China, S'pura Pulih Sepenuhnya Program Pertukaran

2023-01-30 12:50:34  CRI
Share with:

Program pertukaran dan perjalanan antara China dengan Singapura dipulihkan sepenuhnya.

Perkara itu diumumkan pihak China semasa aktiviti budaya sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kedutaan Besar China di Singapura, pada Ahad.

Duta Besar Sun Haiyan dan Timbalan Perdana Menteri republik itu, Heng Swee Keat bersama merasmikan aktiviti budaya berkenaan, yang turut dihadiri tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat.

Antara perkara lain yang diumumkan pada aktiviti berkenaan termasuk pertukaran lawatan peringkat tinggi disambung semula, manakala kumpulan pertama pelancong China akan tiba di republik itu tidak lama lagi.