Filipina Lulus Program Bayaran Balik VAT untuk Pelancong Asing

2023-01-30 11:57:41  CRI
Share with:

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr meluluskan satu program membenarkan pelancong asing menuntut pembayaran balik cukai tambah nilai (VAT).

Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) menerusi satu kenyataan pada Ahad berkata, program itu dirancang dilaksanakan selewat-lewatnya pada 2024, sebagai usaha menarik lebih ramai pelawat ke negara itu.

Kerajaan mengutip sebanyak 12 peratus caj VAT meliputi barangan dalam negara rantau Asia Tenggara.

Program baharu itu membenarkan warga asing untuk menuntut pembayaran semula menerusi VAT, berdasarkan barang yang dibawa keluar dari Filipina.

Marcos turut meluluskan pelancaran visa dalam talian pada tahun ini, khas untuk pelancong dari Asia Timur dan Asia Selatan.