Xi Galak Pemuda Hungary Jadi Pewaris Persahabatan

2023-01-31 12:55:54  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menggalakkan golongan pemuda Hungary supaya lebih mengenali China dan menjadi utusan yang mewariskan dan mengembangkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Galakan itu diberikan beliau dalam surat balas kepada pelajar Sekolah Dwibahasa Hungary-Cina di Budapest.

Beliau mengenang kembali detik berinteraksi dengan pelajar sekolah itu pada 2009, dan memuji cita-cita mereka untuk menyumbang kepada persahabatan China-Hungary.

Xi turut menegaskan bahawa China dan Hungary merupakan negara bersejarah lama yang mempunyai budaya gemilang. Kedua-dua negara menjalin persahabatan tradisional dalam kalangan rakyat, menyaksikan interaksi sosiobudaya semakin rapat.

Ditubuhkan pada 2004, sekolah dwibahasa itu kini mempunyai 20 kelas daripada 12 gred membabitkan lebih 530 orang pelajar.

Menjelang Tahun Baharu Cina (TBC) 2023, pelajar sekolah itu mengirim surat kepada Presiden Xi Jinping dan isteri beliau, Puan Peng Liyuan untuk mengucapkan selamat tahun baharu, di samping menzahirkan aspirasi untuk melanjutkan pelajaran di universiti China dan menyumbang kepada persahabatan kedua-dua negara.