Lengan Mekanik Bantu EVA Shenzhou-15

2023-01-31 12:13:40  CRI
Share with:


Anak kapal Shenzhou-15 sedang membuat persiapan untuk aktiviti luar kenderaan (EVA) pertama, manakala pasukan kawalan lengan mekanik stesen angkasa lepas di Bumi pula turut mengadakan persiapan yang berkaitan.

 

Untuk memastikan kelancaran EVA tersebut, Pusat Kawalan Angkasa Lepas Beijing (BACC) telah melaksanakan latihan dalam beberapa pusingan, memeriksa sistem simulasi di Bumi, dan menyempurnakan pelbagai pengawasan.

Sebagai antara tugas di stesen angkasa lepas, EVA angkasawan dan kargo serta pemutaran kenderaan besar dalam orbit memerlukan operasi serentak lengan mekanik iaitu proses kawalan yang sangat rumit.