Sukan Ais dan Salji Panaskan Ekonomi Xinjiang

2023-01-31 11:33:07  CRI
Share with:


Ramai peminat sukan ais dan salji berduyun-duyun ke padang salji yang terletak di selatan bandar Urumqi, Xinjiang semasa cuti Tahun Baharu China (TBC) untuk bersantai pada perayaan tradisional tersebut. 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Xinjiang giat memperkasakan industri pelancongan pada musim sejuk dengan memanfaatkan sumber ais dan salji tempatan, sehingga berjaya menarik kedatangan ramai pelancong.