Hidup dalam Suasana Gunung Hijau dan Air Jernih

2023-02-01 20:50:20  CRI
Share with:

Ge Yuande, 60, pernah bekerja mengangkut batu di kampung Yu, provinsi Zhejiang, timur China sejak usianya muda lagi.

Menggali batu galian bukan sahaja mengakibatkan pencemaran teruk di kampung Yu, bahkan merupakan punca sesetengah penduduk kampung seperti Ge menghidap penyakit kritikal ekoran kerja berat.

Xi Jinping yang menyandang jawatan setiausaha jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) provinsi Zhejiang pada ketika itu buat kali pertama mengemukakan buah fikiran “gunung hijau dan air jernih sama seperti gunung emas dan perak” pada 2005. Sehubungan itu, lombong dan kilang simen beransur-ansur ditutup di kampung Yu. Sebaliknya pelancongan ekologi pula dikembangkan sehingga kampung tersebut beralih dari kawasan lombong kepada kawasan peranginan.

Persekitaran ekologi yang baik telah menarik ramai pelancong. Ge pula mengusahakan inap desa di kampung tersebut, sekali gus menyaksikan pendapatannya meningkat ketara.