Kawasan Sempadan China-Vietnam Tarik Ramai Pelancong Ketika TBC

2023-02-01 10:29:32  CRI
Share with:

Tahun Baharu China (TBC) 2023 merupakan TBC pertama sejak China melaksanakan dasar terbaharu mengenai pembendungan COVID-19. Sektor pelancongan di merata tempat di China pulih dengan cepat.

Pelancongan di kawasan sempadan China-Vietnam di wilayah Guangxi menarik sejumlah besar pelancong dalam tempoh percutian TBC kali ini.

Air terjun Detian di bandar Chongzuo menjadi Kawasan pelancongan yang menarik kepada pelancong. Air itu disambung dengan Air Terjun Ban Kha Vietnam dan merupakan air terjun terbesar di Asia dan air terjun rentas sempadan keempat terbesar di dunia.

Selain mengunjung air terjun, pelancong juga boleh bersiar-siar di Jalan Adat Resam China-Vietnam, menikmati makanan yang lazat dari kedua-dua negar serta menghayati pelbagai aktiviti tradisonal sambutan TBC.