PMI Pembuatan China Pamer Peningkatan

2023-02-01 13:21:32  CRI
Share with:

China menyaksikan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan dengan mencatat 50.1 peratus pada Januari.

Demikian menurut data yang diumumkan bersama Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dan Pusat Penyelidikan Sektor Perkhidmatan Biro Statistik Kebangsaan (NBS) China pada Selasa.

Indeks yang meningkat 3.1 mata peratusan berbanding dengan Disember 2022 tersebut memberi petunjuk bahawa sektor industri pembuatan kembali ke arah berkembang setelah menguncup pada tahap di bawah 50% selama tiga bulan.

Pada masa sama, indeks pesanan baharu naik ke paras 50.9 peratus, iaitu meningkat tujuh mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.

Aktiviti pengeluaran perusahaan pulih dengan stabil susulan peningkatan permintaan pasaran dan sekatan pergerakan dilonggarkan, sehingga indeks jangkaan aktiviti perniagaan meningkat 3.7 mata peratusan kepada 55.6%.

PMI untuk 18 daripada 21 sub-sektor pembuatan turut menyaksikan peningkatan berbanding Disember 2022.

Bekalan dan permintaan juga meningkat pesat dalam sektor industri bukan pembuatan di negara ini dengan PMI sektor terbabit menokok 54.4%, meningkat 12.8 mata peratusan pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Naib Presiden CFLP, Cai Jin berkata pemulihan dilihat lebih kukuh dalam sektor jualan runcit, katering, penginapan dan pelancongan pada bulan ini dengan indeks aktiviti perniagaan turut sama naik ke atas paras 54%.