Fed Naik Lagi Kadar Faedah 25 Mata Asas
2023-02-02 15:02:28 CRI
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan
lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Rabu, kenaikan kali kelapan sejak
Mac tahun lalu.
Tindakan itu sekali gus meletakkan kadar dana persekutuan dalam julat antara 4.5 peratus hingga 4.75 peratus iaitu paras tertinggi sejak Oktober 2007.
Menurut hasil tinjauan oleh The Wall Street Journal, kebarangkalian ekonomi AS mengalami kemerosotan tahun ini dijangka mencapai 61 peratus.