Xi Berdukacita atas Insiden Letupan di Pakistan

2023-02-02 11:37:38  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping pada Rabu menzahirkan ucapan belasungkawa kepada rakan sejawatnya dari Pakistan Arif Alvi atas insiden letupan di negara itu.

Xi berkata beliau terkejut ketika dimaklumkan mengenai kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa di Peshawar.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyatakan rasa dukacita dan simpati kepada waris mangsa tragedi berkenaan.

Xi turut menegaskan pendirian bahawa China menolak keras segala bentuk keganasan, dan berjanji akan terus menyokong penuh usaha Pakistan dalam memajukan pelan tindakan antikeganasan, memelihara kestabilan masyarakat dan melindungi keselamatan rakyat.