AS Perlu Tunjuk Hormat, Junjung Kesamarataan

2023-02-04 14:05:58  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) membuka semula kedutaannya di Kepulauan Solomon baru-baru ini. Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan berkata lebih ramai pegawai diplomat akan ditempatkan di rantau Pasifik, sementara projek dan sumber negara itu diselaraskan dengan keperluan masyarakat tempatan.

Namun, menurut pandangan media Barat, amalan AS itu merupakan tindakan baharu untuk melawan China dan meningkatkan kehadiran di Asia Pasifik.

Meninjau dari segi sejarah, AS menubuhkan kedutaan di Kepulauan Solomon pada 1988 kerana bimbang akan pengaruh Kesatuan Soviet di rantau Pasifik. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet, kedutaan AS itu telah ditutup pada 1993 sebagai tindakan mengurangkan jawatan diplomat di lingkungan sejagat pasca Perang Dingin.

Keadaan itu berubah secara tiba-tiba pada 2022 apabila China memeterai perjanjian rangka kerjasama keselamatan dengan Kepulauan Solomon. Usaha sama yang normal antara dua negara berdaulat itu menimbulkan kerisauan AS.

Kehadiran AS di Kepulauan Solomon dalam tempoh tiga dekad lalu sentiasa diwarnai kebimbangan strategik dan pertarungan geopolitik.

Keikhlasan merupakan asas kerjasama antara negara. Bagi negara-negara kepulauan Pasifik, pembangunan menjadi keutamaan maka mereka memerlukan bantuan ikhlas, bukanlah amalan bersifat oportunisme. Mereka juga tidak ingin menjadi buah catur dalam perlawanan antara kuasa besar.

Justeru, AS diharap menunjukkan hormat dan menjunjung kesamarataan apabila mengendalikan hubungan dengan negara-negara kepulauan Pasifik.