Bekal Senjata ke Ukraine Runcingkan Situasi: Peskov

2023-02-04 16:18:01  CRI
Share with:

Pentagon pada Jumaat mengumumkan pemberian sokongan ketenteraan baharu kepada Ukraine melalui pakej bantuan bernilai kira-kira AS$2.2 bilion (RM9.37 bilion).

Pakej berkenaan melibatkan roket jarak jauh yang mempunyai keupayaan sehingga 150 kilometer.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov dalam reaksi balasnya mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) seumpama akan meruncingkan lagi situasi.

"Bekalan roket jarak jauh oleh AS kepada Ukraine umpama menuang minyak dalam api yang bakal menjadikan ketegangan semasa bertambah buruk," tegas Peskov.