China, AS Perlu Kekal Komunikasi, Elak Salah Tanggap

2023-02-04 14:19:46  CRI
Share with:

China dan Amerika Syarikat (AS) perlu mengekalkan komunikasi tepat pada masanya, mengelakkan salah anggap dan mengendalikan perselisihan apabila menghadapi situasi yang tidak disangka-sangka.

Demikian kata Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi semasa berbual dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi telefon pada malam Jumaat.

Wang menegaskan, selaku negara yang bertanggungjawab, China sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa dan menolak sebarang spekulasi atau gembar-gembur yang tidak berasas.

Dalam perbualan itu, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai cara pengendalian kejadian serupa secara tenang dan profesional.