China Bidas AS Tembak Jatuh Kapal Udara Tanpa Pemandu

2023-02-05 14:00:16  CRI
Share with:

China melahirkan rasa marah dan bantahan keras terhadap penggunaan kekerasan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang kapal udara tanpa pemandu awam China.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan pada Ahad berkata AS sudah beberapa kali dimaklumkan bahawa kapal udara itu adalah untuk kegunaan awam dan penerbangannya ke AS satu kejadian yang tidak dijangka akibat 'force majeure'.

AS turut dituntut supaya mengendalikan perkara itu dengan cara yang tenang dan profesional.

Terdahulu, Jabatan Pertahanan negara itu menyatakan kapal udara berkenaan tidak memberi ancaman ketenteraan atau fizikal kepada orang ramai di darat.

Dalam keadaan sedemikian, penggunaan kekerasan oleh AS adalah reaksi keterlaluan dan bertentangan dengan kelaziman antarabangsa.  

Kenyataan itu berbunyi, China akan bertindak tegas mempertahankan hak dan kepentingan sah syarikat berkenaan, di samping membuat respons lanjut jika perlu.