Video Promosi Gala Cap Goh Mei CMG Ditayangkan di Singapura
Video promosi Gala Cap Goh Mei 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) ditayangkan di beberapa tempat di Singapura bermula Jumaat.
Babak-babak merakamkan tradisi meraikan perayaan itu antaranya melawat bazar kuil, bermain tanglung, membuat yuanxiao (sejenis hidangan bebola pulut berinti) dan bermain bunga api, yang dipapar dalam video itu membolehkan masyarakat tempatan mendekati budaya Cina.
Video tersebut juga ditayangkan pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran pertubuhan kalangan rakyat negara itu.
Konsul Jeneral Kedutaan Besar China di Singapura, Qiu Yuanxing memuji penayangan video berkenaan satu pendekatan baik yang membolehkan penduduk dan masyarakat Cina tempatan mendalami adat resam perayaan tradisional itu.