Legasi Olimpik Untungkan Masyarakat China: Bach

2023-02-05 14:34:41  CRI
Share with:

Legasi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 memberi manfaat kepada seluruh masyarakat China, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach.

Bach menyatakan temasya itu meletakkan penanda aras baharu kepada banyak sektor antaranya teknologi hijau, gaya hidup sihat, industri sukan ais dan salji dan sebagainya.

"Legasi yang tidak ternilai harganya telah meletakkan asas untuk pembangunan masa depan,” ujar beliau semasa hadir secara maya pada majlis pelancaran aktiviti memperingati genap setahun Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Taman Shougang, Sabtu.

Atas syor IOC, bandar Beijing dan provinsi Hebei bersama menganjurkan siri aktiviti untuk meraikan ulang tahun pertama temasya berkenaan bermula Februari hingga Mac.

Sebanyak lapan acara bertema diatur termasuk pameran, karnival sukan ais dan salji, sukan awam, bazar budaya Olimpik, kem belia dan lain-lain.

Bach turut mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China, di samping memuji pencapaian Beijing selaku tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.