Pameran dan Karnival "Kecemerlangan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing" Dirasmikan

2023-02-06 17:29:00  CRI
Share with:


Sebagai salah satu aktiviti sambutan ulang tahun pertama perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, satu pameran bertemakan "Kecemerlangan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing" dan karnival sukan ais dan salji anjuran Persatuan Pendorong Pembangunan Bandar Sukan Olimpik Beijing telah dirasmikan di Gimnasium Luncur Ais Negara semalam.


Pameran yang terdiri daripada empat komponen tersebut, iaitu kecemerlangan temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di  Beijing, pengendalian temasya,  semangat Sukan Olimpik Musim Sejuk dan pewarisan legasi, merangkumi setiap butiran sepanjang proses permohonan, persiapan dan penganjuran melalui pelbagai gambar, klip video dan barangan. Karnival sukan ais dan salji yang  mudah diakses orang ramai pula diadakan pada tempoh masa yang sama.

Pameran seumpama itu juga akan diadakan serentak di Big Air Shougang, Stadium Hoki Ais Shougang dan Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di daerah Yanqing, Beijing, dan dilaporkan akan berlangsung hingga pertengahan bulan Mac.