Xi Utus Kawat Dukacita kepada Presiden Turkiye dan Syria

2023-02-06 21:02:40  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini telah mengutus kawat dukacita kepada rakan sejawatnya dari Turkiye, RecepTayyip Erdogan dan rakan sejawatnya dari Syria, Bashar al-Assad atas berlakunya gempa bumi yang melanda kedua-dua negara tersebut.

Xi menyatakan bahawa beliau terkejut pada saat mendapat makluman tentang gempa bumi yang menggegarkan kedua-dua negara tersebut sehingga mengakibatkan kematian, kecederaan dan kerugian harta dalam bilangan besar. Beliau atas nama kerajaan dan rakyat China, menyampaikan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka. Kerajaan dan rakyat kedua-dua negara di bawah pimpinan Presiden, pasti dapat mengatasi impak bencana dan melakukan pembangunan semula seawal mungkin.